Rabu, 10 April 2013

antara pejuang islam di zaman rasulullah ..



Sahl bin Hanif:

Salah seorang pemanah handalan, telah berbaiah dengan Rasulullah untuk berjuang hingga syahid, beliau telah memainkan peranan yang amat cemerlang dalam mengundurkan tentera musyrikin.

Qutadah bin al-Nukman:

Rasulullah memanah dengan busurnya hingga terpatah hujungnya, Qutabah pun mengambil yang itu, di dalam kegawatan itu Qutabah terkena panah di matanya, hingga terpelanting keluar biji matanya, Rasulullah mengambilnya memasukkan semula, hinggalah matanya menjadi lebih baik dari yang sebelah lagi.

.Abdul al-Rahman bin Auf:

Beliau terkena pukulan seteru di mulutnya menyebabkan gigi hadapan tercabut. Di seluruh tubuhnya ke hadapan lebih dari dua puluh tetakan di antaranya terkena pada kakinya menyebabkan beliau hilang sebelah kaki.

.Malik bin Sinan:

Beliau menyedut buang darah beku dari dahi Rasulullah yang terkena pukulan Ibni Qami’ah, hingga dengan usahanya itu dapat dicucikan luka baginda itu, kata Rasulullah: “Luahkan darah itu”, jawab Malik: “Tidak”, sebaliknya beliau menelan darah luka Rasulullah yang mulia itu. Setelah itu, beliau beredar dari situ untuk meneruskan perjuangannya, Rasulullah bersabda: “Sesiapa ingin melihat seorang lelaki ahli syurga lihatlah Malik bin Sinan, akhirnya beliau gugur sebagai syahid.

sekian ..

Selasa, 4 Disember 2012

pengenalan islam. . . .


       
assalamualaikum ....
sebelum apa2,mesti ada pengenalannya.Di sini terdapat sedikit catatan untuk pengenalan islam :-
          
 islam muncul di Semenanjung Arab pada kurun ke-7 masihi apabila Nabi Muhammad s.a.w. mendapat wahyu daripada Allah s.w.t. Selepas wafatnya Rasullullah s.a.w. kerajaan Islam berkembang sejauh Lautan Atlantik di Barat dan Asia Tengah di Timur. Lama-kelamaan umat Islam berpecah dan terdapat banyak kerajaan-kerajaan Islam lain yang muncul.

Walau bagaimanapun, kemunculan kerajaan-kerajaan Islam seperti kerajaan Umaiyyah, kerajaan Abbasiyyah, kerajaan Seljuk Turki Seljuk, kerajaan Uthmaniyyah Turki Uthmaniyyah, Empayar Moghul India, dan Kesultanan Melaka telah menjadi antara empayar yang terkuat dan terbesar di dunia. Tempat pembelajaran ilmu yang hebat telah mewujudkan satu Tamadun Islam yang agung. Banyak ahli-ahli sains, ahli-ahli falsafah dan sebagainya muncul dari negeri-negeri Islam terutamanya pada Zaman Keemasan Islam.

Pada kurun ke-18 dan ke-19 masihi, banyak kawasan-kawasan Islam jatuh ke tangan penjajah Eropah. Selepas Perang Dunia 1, Empayar Turki Uthmaniyyah iaitu empayar Islam terakhir tumbang menyembah bumi.

_____________________________________________________________________________________________

sekian . .
4-12-2012 ..

Isnin, 3 Disember 2012

permulaan ..



blog ini baru sahaja diterbitkan ... mungkin tiada yang istimewa di sini ....insyaallah blog ini akan maju demi hari ke hari ... terima kasih atas kerjasama ... ^_^